Mulai Dengan Bismillah Baru Hidup Anda Berkat

Rabu, 21 April 2010

Cara Mudah Menghafal Al-Qur`an


quran

Oleh: Asy-Seikh Dr. Abdul Muhsin Muhammad Al-Qasim, imam dan khatib Masjid Nabawi.

Segala pujian hanya milik Allah, selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Nabi kita Muhammad, keluarganya, dan para sahabat seluruhnya.

Keistimewaan metode ini adalah seseorang akan memperolehi kekuatan dan kemantapan hafalan serta akan cepat menghafal dalam waktu yang singkat dan akan khatam Al-Quran. Berikut kami akan paparkan metodenya beserta contoh dalam menghafal surah Al-Jumuah:

  1. Bacalah ayat pertama sebanyak 20 kali.
  2. Bacalah ayat kedua sebanyak 20 kali.
  3. Bacalah ayat ketiga sebanyak 20 kali.
  4. Bacalah ayat keempat sebanyak 20 kali
  5. Keempat ayat di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
  6. Bacalah ayat kelima sebanyak 20 kali.
  7. Bacalah ayat keenam sebanyak 20 kali.
  8. Bacalah ayat ketujuh sebanyak 20 kali.
  9. Bacalah ayat kedelapan sebanyak 20 kali.
  10. Keempat ayat (ayat 5-8) di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
  11. Bacalah ayat pertama hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.

Demikian seterusnya pada setiap surah hingga selesai menghafal seluruh surah dalam Al-Quran. Jangan menghafal dalam sehari lebih dari seperlapan juz, kerana ia akan menyebabkan hafalan bertambah berat sehingga anda tidak boleh menghafalnya.

JIKA SAYA INGIN MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA, BAGAIMANA CARANYA?

Jika anda ingin menambah hafalan baru (halaman selanjutnya) pada hari berikutnya, maka sebelum anda menambah dengan hafalan baru dengan metode yang saya sebutkan di atas, maka anda mestilah membaca hafalan lama (halaman sebelumnya) dari ayat pertama hingga ayat terakhir (muraja’ah) sebanyak 20 kali agar hafalan ayat-ayat sebelumnya tetap kukuh dan kuat dalam ingatan. Kemudian setelah mengulangi (muraja’ah) maka baru anda boleh memulakan hafalan baru dengan metode yang saya sebutkan di atas.

BAGAIMANA CARANYA SAYA MENGGABUNGKAN ANTARA MENGULANG (MURAJA’AH) DENGAN MENAMBAH HAFALAN BARU?

Jangan sekali-kali anda menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya. Ini kerana jika kamu hanya terus-menerus melanjutkan menghafal Al-Qur’an hingga khatam tapi tanpa mengulanginya terlebih dahulu, setelah khatam anda baru mengulanginya dari awal, secara tidak disadari anda telah banyak kehilangan hafalan yang pernah dihafal. Oleh kerana metode yang paling tepat dalam menghafal adalah dengan menggabungkan antara murajaah (mengulang) dan menambah hafalan baru. Bagilah isi Al-Qur`an menjadi tiga bahagian, yang mana satu bahagian 10 juz. Jika dalam sehari kamu telah menghafal satu halaman maka ulangilah dalam sehari empat halaman yang telah dihafal sebelumnya hingga anda menyelesaikan 10 juz. Jika telah selesai 10 juz maka berhentilah menghafal selama satu bulan penuh dan isi dengan mengulang apa yang telah dihafal, dengan cara setiap hari kamu mengulangi (meraja’ah) sebanyak 8 muka.

Setelah selesai satu bulan anda mengulang hafalan, barulah kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua muka bergantung kemampuan, sambil anda mengulangi setiap harinya 8 muka hingga anda boleh menyelesaikan hafalan 20 juz. Jika anda telah menghafal 20 juz maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulangi hafalan 20 juz, dimana setiap hari anda harus mengulang (meraja’ah) sebanyak 8 halaman. Jika sudah mengulang selama dua bulan, maka mulailah kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua muka bergantung kemampuan, sambil mengulangi setiap hari 8 muka hingga anda boleh menyelesaikan seluruh Al-Qur’an.

Jika anda telah selesai menghafal semua isi Al-Qur`an, maka ulangilah 10 juz pertama secara tersendiri selama sebulan, dimana setiap harinya anda mengulang setengah juz. Kemudian pindahlah ke 10 juz berikutnya, juga diulang setengah juz ditambah 8 muka dari sepuluh juz pertama setiap harinya. Kemudian pindahlah untuk mengulang 10 juz terakhir dari Al-Qur`an selama sebulan, dimana setiap hari mengulang setengah juz ditambah 8 muka dari 10 juz pertama dan 8 muka dari 10 juz kedua.

BAGAIMANA CARA MERAJA’AH AL-QURAN (30 JUZ) SETELAH SAYA MENYELESAIKAN METODE MURAJA’AH DI ATAS?

Mulalah mengulangi Al-Qur’an secara keseluruhan dengan cara setiap hari mengulang 2 juz, dengan mengulanginya 3 kali dalam sehari. Dengan demikian maka anda boleh mengkhatamkan Al-Qur’an sekali setiap dua minggu. Dengan metode seperti ini maka dalam jangka satu tahun (insya Allah) anda telah mutqin (kukuh) dalam menghafal Al-Qur’an, dan lakukanlah cara ini selama setahun.

APA YANG SAYA LAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL-QUR’AN SELAMA SATU TAHUN?

Setelah menguasai hafalan dan mengulanginya dengan itqan (mantap) selama setahun, hendaklah bacaan Al-Qur’an yang anda baca setiap hari hingga akhir hayat adalah bacaan yang dilakukan oleh Nabi saw semasa hidupnya. Beliau membahagikan isi Al-Qur`an menjadi tujuh bahagian (dimana setiap harinya beliau membaca satu bahagian tersebut), sehingga beliau mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam seminggu.

Aus bin Huzaifah -rahimahullah- berkata: Aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah saw, “Bagaimana caranya kamu membahagikan Al-Qur`an untuk dibaca setiap hari?” Mereka menjawab:

نُحَزِّبُهُ ثَلَاثَ سُوَرٍ وَخَمْسَ سُوَرٍ وَسَبْعَ سُوَرٍ وَتِسْعَ سُوَرٍ وَإِحْدَى عَشْرَةَ سُورَةً وَثَلَاثَ عَشْرَةَ سُورَةً وَحِزْبَ الْمُفَصَّلِ مِنْ قَافْ حَتَّى يُخْتَمَ

“Kami bahaginya menjadi (tujuh bahagian yakni): Tiga surah lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah, dan hizb al-mufassal iaitu dari surah Qaf sampai akhir (mushaf).” (HR. Ahmad no. 15578).

Maksudnya:

  • Hari pertama: Mereka membaca surah “al-fatihah” hingga akhir surah “an-nisa`”.
  • Hari kedua: Dari surah “al-maidah” hingga akhir surah “at-taubah”.
  • Hari ketiga: Dari surah “Yunus” hingga akhir surah “an-nahl”.
  • Hari keempat: Dari surah “al-isra” hingga akhir surah “al-furqan”.
  • Hari kelima: Dari surah “asy-syu’ara” hingga akhir surah “Yasin”.
  • Hari keenam: Dari surah “ash-shaffat” hingga akhir surah “al-hujurat”.
  • Hari ketujuh: Dari surah “qaaf” hingga akhir surah “an-nas”.

Para ulama menyingkat bacaan Al-Qur`an Nabi saw ini menjadi kata: ”فَمِي بِشَوْقٍ“. Setiap huruf yang tersebut menjadi simbol dari awal surah yang dibaca oleh Nabi saw pada setiap harinya. Maka:

  • Huruf “fa`” adalah simbol dari surah “al-fatihah”. Maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari pertama dimulai dari surah al-fatihah.
  • Huruf “mim” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari kedua dimulai dari surah al-maidah.
  • Huruf “ya`” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari ketiga dimulai dari surah Yunus.
  • Huruf ”ba`” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari keempat dimulai dari surah Bani Israil yang juga dinamakan surah al-isra`.
  • Huruf “syin” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari kelima dimulai dari surah asy-syu’ara`.
  • Huruf “waw” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari keenam dimulai dari surah wash shaffat.
  • Huruf “qaaf” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari ketujuh dimulai dari surah qaf hingga akhir muashaf iaitu surah an-nas.

Adapun pembagian hizib yang ada pada Al-Qur an sekarang, maka itu tidak lain adalah buatan Hajjaj bin Yusuf.

BAGAIMANA CARA MEMBEZAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (AYAT YANG MIRIP) DALAM AL-QUR’AN?

Cara terbaik untuk membezakan antara dua ayat yang kelihatannya menurut anda hampir sama (mutasyabih), adalah dengan cara membuka mushaf dan carilah kedua ayat tersebut. Lalu carilah perbezaan antara kedua ayat tersebut, pastikan perbezaan tersebut, kemudian buatlah tanda/catatan (di dalam hati) yang boleh anda jadikan sebagai tanda untuk membezakan antara keduanya. Kemudian, ketika anda bolehlah melakukan murajaah hafalan, maka perhatikanlah perbezaan tersebut secara berulang-ulang sampai anda mutqin dalam mengingat perbezaan antara keduanya.

BEBERAPA KAEDAH DAN KETENTUAN DALAM MENGHAFAL AL-QUR`AN:

  1. Anda mesti menghafal melalui bantuan seorang guru yang bolah membenarkan bacaan jika salah.
  2. Hafalkanlah 2 muka setiap hari: 1 muka setelah subuh dan 1 mula setelah asar atau maghrib. Dengan metode seperti ini (insya Allah) kamu boleh menghafal Al-Qur`an secara mutqin kurang dari setahun. Tetapi jika anda memperbanyak kapasiti hafalan setiap hari maka kemampuan menghafal akan lemah.
  3. Menghafallah dari surah an-nas hingga surah al-baqarah kerana ia lebih mudah. Tapi setelah anda menghafal Al-Qur`an maka urutan meraja’ah bermula dari Al-Baqarah hingga An-Nas.
  4. Dalam menghafal hendaklah menggunakan satu mushaf saja, kerana perkara ini sangat membantu dalam menguatkan hafalan dan agar lebih cepat mengingat letak-letak ayatnya, ayat apa yang ada di akhir halaman ini dan ayat apa yang ada di awal halaman sebelahnya.
  5. Setiap orang yang menghafal Al-Qur’an 2 tahun pertama biasanya apa yang telah dia hafal masih mudah hilang, dan masa ini disebut fasa at-tajmi’ (pengumpulan hafalan). Kerananya janganlah anda bersedih kerana ada sebahagian hafalan yang anda lupa atau banyak keliru dalam hafalan. Ini adalah fasa yang sulit sebagai ujian bagi anda, dan ini boleh menjadi pintu masuknya syaitan untuk menghentikan anda dari menghafal Al-Qur`an. Tolaklah was-was tersebut dari dalam hati anda dan teruslah menghafal, kerana dia (menghafal Al-Qur`an) merupakan perbendaharaan harta yang tidak diberikan kepada sebarang orang.

Selasa, 20 April 2010

HADIS 2

Islam, Iman, dan Ihsan


عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى
رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا لَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ
أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم.

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar!Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346)

Kedudukan Hadits

Hadits ke-2 ini sangat penting sehingga sebahagian ulama menyebutnya sebagai “Induk sunnah”, kerana seluruh sunnah terdapat didalam hadits ini.

Islam, Iman, dan Ihsan

Agama Islam mencakupi tiga perkara, iaitu: Islam, Iman dan Ihsan. Islam berbicara masalah lahir, iman berbicara masalah batin, dan ihsan mencakupi keduanya.

Ihsan memiliki kedudukan yang lebih tinggi dari iman, dan iman memiliki kedudukan yang lebih tinggi dari Islam. Tidaklah ke-Islam-an dianggap sah kecuali jika terdapat padanya iman, kerana apa-apa dari syahadah mencakupi lahir dan batin. Demikian juga iman tidak sah kecuali ada Islam (dalam batas yang sedikit), kerana iman adalah meliputi lahir dan batin.

Perhatian!

kita semestinya faham bahawa adakalanya sebahagian dari sebuah istilah agama adalah istilah itu sendiri, seperti contoh di atas.

Iman Bertambah dan Berkurang

Ahlussunnah menetapkan kaedah bahawa jika istilah Islam dan Iman disebutkan secara bersamaan, maka masing-masing memiliki pegertian yang tersendiri, namun jika disebutkan salah satunya saja, maka mencakupi yang lainnya. Iman dikatakan bertambah dan berkurang, namun tidaklah dikatakan bahawa Islam bertambah dan berkurang, padahal hakikat keduanya adalah sama. Ini disebabkan kerana adanya tujuan untuk membezakan antara Ahlussunnah dengan Murjiáh. Murjiáh mengakui bahawa Islam (amalan lahir) bertambah dan berkurang, namun mereka tidak mengakui bertambah dan berkurangnya iman (amalan batin). Sementara Ahlussunnah meyakini bahawa keduanya bertambah dan berkurang.

Istilah Rukun Islam dan Rukun Iman

Istilah “Rukun” pada dasarnya merupakan hasil ijtihad para ulama untuk memudahkan memahami dien. Rukun bererti bahagian sesuatu yang menjadi syarat terjadinya sesuatu tersebut, jika rukun tidak ada maka sesuatu tersebut tidak terjadi. Istilah rukun seperti ini perlu diterapkan untuk Rukun Iman, ertinya jika salah satu dari Rukun Iman tidak ada, maka imanpun tidak ada. Adapun pada Rukun Islam maka istilah rukun ini tidak berlaku secara mutlak, artinya meskipun salah satu Rukun Islam tidak ada, masih memungkinkan Islam masih tetap ada.

Demikianlah semestinya kita memahami dien ini dengan istilah-istilah yang dibuat oleh para ulama, namun istilah-istilah tersebut tidak boleh sebagai hakim kerana harus merujuk kepada ketentuan dien, sehingga jika ada ketidaksesuaian antara istilah buatan ulama dengan ketentuan dien, ketentuan dien lah yang dimenangkan.

Batasan Sahnya Keimanan

1. Iman kepada Allah.

Iman kepada Allah sah jika beriman kepada Rububiyyah-Nya, uluhiyyah-Nya, dan asma’ dan sifat-Nya.

2. Iman kepada Malaikat.

Iman kepada Malaikat sah jika beriman bahawa Allah menciptakan makhluk bernama malaikat sebagai hamba yang sentiasa taat dan diantara mereka ada yang diperintah untuk menghantar wahyu.

3. Iman kepada Kitab-kitab.

Iman kepada kitab-kitab sah jika beriman bahawa Allah telah menurunkan kitab yang merupakan kalam-Nya kepada sebahagian hambanya yang berkedudukan sebagai rasul. Diantara kitab Allah adalah Al-Qurán.

4. Iman kepada Para Rasul.

Iman kepada para rasul sah jika beriman bahawa Allah mengutuskan kepada manusia sebahagian hambanya mereka mendapatkan wahyu untuk disampaikan kepada manusia, dan pengutusan rasul telah ditutup dengan diutusnya Muhammad sáw.

5. Iman kepada Hari Akhir.

Iman kepada Hari Akhirat sah jika beriman bahawa Allah membuat sebuah masa sebagai tempat untuk menghisab manusia, mereka dibangkitkan dari kubur dan dikembalikan kepada-Nya untuk mendapatkan balasan kebaikan atas kebaikannya dan balasan keburukan atas keburukannya, yang baik (mukmin) masuk syurga dan yang buruk (kafir) masuk neraka. Ini terjadi di hari akhir nanti.

6. Iman kepada Taqdir.

Iman kepada taqdir sah jika beriman bahawa Allah telah mengilmuikan segala sesuatu sebelum terjadinya kemudian Dia menentukan dengan kehendaknya semua yang akan terjadi setelah itu Allah menciptakan segala sesuatu yang telah ditentukan sebelumnya.

Demikianlah syarat keimanan yang sah, sehingga dengan itu semua seorang berhak untuk dikatakan mukmin. Adapun selebihnya maka tingkat keimanan seseorang berbeza-beza sesuai dengan banyak dan sedikitnya kewajipan yang dia tunaikan berkait dengan hatinya, lisannya, dan anggota badannya.

Taqdir Buruk

Buruknya taqdir ditinjau dari sisi makhluk. Adapun ditinjau dari pencipta taqdir, maka semuanya baik.

Makna Ihsan

Amal dikatakan baik jika diniatkan ikhlas kerana Allah, adapun selebihnya adalah kesempurnaan ihsan. Kesempurnaan ihsan meliputi 2 keadaan:
  1. Maqam Muraqobah iaitu senantiasa merasa diawasi dan diperhatikan oleh Allah dalam setiap aktivitinya, kedudukan yang lebih tinggi lagi.
  2. Maqam Musyahadah iaitu sentiasa memperhatikan sifat-sifat Allah dan mengaitkan seluruh aktivitinya dengan sifat-sifat tersebut.


Sumber: Ringkasan Syarah Arba’in An-Nawawi - Seikh Saleh Alu Seikh Hafizuhullah


Satu Hari Satu Hadis

Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.

Ikhlas

عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Dari Amirul Mukminin, (Abu Hafsh atau Umar bin Al-Khattab rodhiallahu’anhu) dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: ’Sesungguhnya seluruh amal itu tergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan mendapatnya sesuai dengan niatnya. Oleh itu, barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana (untuk mendapatkan) dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu kepada apa yang menjadi tujuannya (niatnya).’” (Diriwayatkan oleh dua imam ahli hadits; Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari dan Abu Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusairi An-Naisaburi di dalam kedua kitab mereka yang merupakan kitab paling sahih diantara kitab-kitab hadits)[1]

Kedudukan Hadits

Hadits pertama ini merupakan pokok agama. Imam Ahmad rahimahullah berkata: “Ada Tiga hadits yang merupakan pokok agama, iaitu hadits Úmar, hadits Aísyah, dan hadits Nu’man bin Basyir.” Perkataan Imam Ahmad rahimahullah tersebut dapat dijelaskan bahawa perbuatan seorang mukallaf tertumpu pada melaksanakan perintah dan menjauhi larangan. Inilah halal dan haram. Dan diantara halal dan haram tersebut ada yang mustabihat (hadits Nu’man bin Basyir). Untuk melaksanakan perintah dan menjauhi larangan diperlukan niat yang benar (hadits Úmar), dan sesuai dengan tuntutan syariát (hadits Aísyah).

Setiap Amal Bergantung Niatnya

Diterima atau tidaknya dan sah atau tidaknya suatu amal bergantung pada niatnya. Demikian juga setiap orang berhak mendapatkan balasan sesuai dengan niatnya dalam beramal. Dan yang dimaksud dengan amal disini adalah semua yang berasal dari seorang hamba baik berupa perkataan, perbuatan ataupun keyakinan hati.

Fungsi Niat

Niat memiliki 2 fungsi:

1. Jika niat berkaitan dengan sasaran suatu amal (ma’bud), maka niat tersebut berfungsi untuk membezakan antara amal ibadah dengan amal kebiasaan.

2. Jika niat berkaitan dengan amal itu sendiri (ibadah), maka niat tersebut berfungsi untuk membezakan antara satu amal ibadah dengan amal ibadah yang lainnya.

Pengaruh Niat yang Salah Terhadap Amal Ibadah

Para ulama menyatakan tentang niat, maka ia mencakupi 2 perkara:

1. Niat sebagai syarat sahnya ibadah, iaitu istilah niat yang dipakai oleh fuqoha’.

2. Niat sebagai syarat diterimanya ibadah, dengan istilah lain: Ikhlas.

Niat pada pengertian yang ke-2 ini, jika niat tersebut salah (tidak Ikhlas) maka ia akan mempengaruhi penerimaan suatu amal, dengan perincian sebagai berikut:

1. Jika niatnya salah sejak awal, maka ibadah tersebut batal.

2. Jika kesalahan niat terjadi di tengah-tengah amal, maka ada 2 keadaan:

- Jika ia menghapuskan niat yang awal maka seluruh amalnya batal.
- Jika ia mengelokkan amalnya dengan tidak menghapuskan niat yang awal, maka amal tambahannya batal.

3. Senang untuk dipuji setelah amal selesai, maka tidak membatalkan amal.

Beribadah dengan Tujuan Dunia

Pada dasarnya amal ibadah hanya diniatkan untuk meraih kenikmatan akhirat. Namun terkadang diperbolehkan beramal dengan niat untuk tujuan dunia disamping berniat untuk tujuan akhirat, dengan syarat apabila syariát menyebutkan adanya pahala dunia bagi amalan tersebut. Amal yang tidak bercampur niat untuk mendapatkan dunia memiliki pahala yang lebih sempurna dibandingkan dengan amal yang disertai niat duniawi.

Hijrah

Makna hijrah secara syariát adalah meninggalkan sesuatu demi Allah dan Rasul-Nya. Demi Allah ertinya mencari sesuatu yang ada disisi-Nya, dan demi Rasul-Nya ertinya ittiba’ dan senang terhadap tuntunan Rasul-Nya.

Bentuk-bentuk Hijrah:

1. Meninggalkan negeri syirik menuju negeri tauhid.
2. meninggalkan negeri bidáh menuju negeri sunnah.
3. Meninggalkan negeri penuh maksiat menuju negeri yang sedikit kemaksiatan.

Ketiga bentuk hijrah tersebut adalah pengaruh dari makna hijrah.
-------------------------------------------------------------------------------------

Sumber: Ringkasan Syarah Arba’in An-Nawawi - Seikh Saleh Alu Seikh Hafizuhullah -

Penyusun: Ustaz Ali Sabri Abdul Rahman

Rabu, 14 April 2010

DOA SUPAYA DILIHAT MULIA DAN BERKARISMA

اَللَّهُمَّ إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّ فِيْ رِضَاكَ ضَعْفِي وَخُذْ إِلَى الـْخَيْرِ بِنَاصِيَتِي وَاجْعَلِ الْإِسْلامَ مُنْتَهَى رِضَاىَ اَللَّهُمَّ إِنِّي ضَعِيفٌ فَقَوِّنِي وَذَلـِيْلٌ فَأَعِزَّنِيْ وَفَقِيْرٌ فَأَغْنِنِيْ وَارْزُقْنِي

Maksudnya : Ya Allah, aku ini lemah, maka kuatkanlah aku dalam keredhaanMu, dan bimbinglah aku kepada kebaikan, dan jadikanlah Islam itu tempat aku meletakkan keredhaan, ya Allah aku ini lemah, maka kuatkanlah aku ini hina maka muliakanlah aku, aku ini miskin maka kayakanlah aku dan kurniakan rezki padaku

Zikri Munajat

اللهم صل وسلم وبارك, على نور الأنوار, وسرِّ الأسرار, وترياق الأغيار, ومفتاح باب السار, سيدنا ومولانا, محمد المختار, وآله الأطهار, وأصحابه الأخيار, عدد نعم الله, وأفضاله

اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها وعافية الابدان وشفائها ونورالابصار وضيائها وعلى آله وصحبه وبارك وسلم,

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنَجِّيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الأَهْوَالِ وَالأَفَاتِ وَتَقْضِي لَنَا مِنْ جَمِيْعِ الْحَاجَات وَتُطَهِّرُنَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِيْ الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم

اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد الذى تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضى به الحوائج وتنال به الرغئب وحسن الخواتيم, ويستسقى الغمام بوجهه الكريم وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلم لك

اغوذ تكلمة الله التامات, من غضبه, وعقابه, وشرخلقه, ومن همزات الشياطين, وأعوذبك أن يحضرون, أَعُـوْذُ بِاللهِ السَّمِـيْعُ الْعَلِـيم

Surah Al Hasyar ayat 22-24

                        •                                 

اللّهُمَّ صَـلِّ وَسَلِّـْم وَبـَارِكْ عَلىَ النَّبِيِّ الأُمِّـِّي وَعَـلَى آلِـهِ وَصَحْـبِهِ أَجْمَـعِيْن
لا إِلهَ الله مُحَمَّد رسول الله , في كل لمةٍ ونفس, عدد ما وسعهُ عِلْمُ الله, لاَ إِلهَ اِلاَّ أنت سبحانك إني كنت من الظالمين

لآ إِلـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْـدَهُ لاَ شَـرِيْكَ لَه، لَـهُ الْمُـلْكُ وَلَـهُ اْلحَمْـدُ, بِيَـدِهِ الْخَيْـرُ يحُـْيِي وَ يُمِـيْتُ ، وَهُوَحى لا يموت, وَهُوَعَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَـدِيْـر

سُبْحَانَ الله وَبحَمْده, سُبْحَانَ الله الْعظَيم, عدد خَلْقِهِ, وزِنهَ عرشِهِ, ومِدَادَ كَلماتهِ,

اللهم إنى أصبحتُ/أمسيتُ منكَ, فى نعمةٍ وعَافِيةٍ, وسِتْرٍ, فَأَتْمِمْ نعمتكَ, وعافيتكَ, وسِتْرَكَ علَىَّ فى الدنيا والأخرةِ.

اللهم إنى عبدك, وابن عبدك, وابن أمتِك, ناصيتى بيدك, ماضى فى حكمك, نافذٌ فى قضاؤك, أسألك, بكل اسمٍ هولك, سميت به نفسك, أو انزلته فى كتابك أو علمته احدا من خلقك, أواستاثر به فى علم الغيب عندك, أن تجعل القران العظيم, ربيع قلبى, ونور بصرى, وجلاء حزني وذهاب همى, وغمى,

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلاَ أَنْتَ ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي ، فَاغْفِرْلِي فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ .

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد صَلاَةً تكون لك رضا, ولحقه أدإ,

Khamis, 8 April 2010

KULIAH SAYA HARI INI

Pagi

Pusat Pendidkan AlBarakah

Kitab: Al Quran Yang Berjalan Dr Aid Abdullah Al Qarni



Malam

Kuliah Maghrib

Surau Pusat Pendidikan Al Barakah

Kitab: Bahrul Mazi Jilid 22