Mulai Dengan Bismillah Baru Hidup Anda Berkat

Rabu, 22 September 2010

Kisah Sebenar Adolf Hitler

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...




Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Keberanian, Ketegasan Dan Keikhlasan

Keberanian, Ketegasan Dan Keikhlasan Al-Marhum Syaikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi, seorang Ulama terkenal di Mesir sedang menasihati Presiden Mesir, Muhammad Husni Mubarak yang terkenal diktatornya, tanpa sedikit pun rasa gentar, malah memegang bahunya, seperti seorang ayah menasihati anak. Baik untuk menjadi qudwah kepada para Ulama atau Mufti pada hari ini...

LAUT TERBELAH...FENOMENA ALAM

laut terbelah di korea selatan


Dizaman nabi musa laut terbelah menjadi satu kisah utama dan hari ini allah membuktikan bahawa laut terbelah hasil mukjizat nabi musa boleh dilihat di dunia hari ini. cuma yang membezakannya adalah berlainan tempat dan waktu berlakunya laut terbelah. Pulau Jindo mengesahkan dan membuktikan bahawa laut terbelah tidak mustahil bagi allah. keajaiban laut terbelah boleh disaksikan di pulau jindo.fenomena ajaib dizaman ini berlaku iaitu dalam masa sejam dan berlaku 2 hingga 3 kali setahun. laut terbelah akan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8km.

Selasa, 21 September 2010

PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU

Dari Abu Hurairah Ra .. katanya: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pemah menimpa umat-umat dahulu."

Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah:

(1 )terlalu sombong,
(2) terlalu mewah,
(3) mengumpulkan harta sebanyak mungkin,
(4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,
(5) saling memarahi,
(6) dengki-mendengki, sehingga jadi zalim menzalimi."(HR. Hakim)

Keterangan

Penyakit-penyakit yang disebutkan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam
tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini menular dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan jiwa itulah mereka terdorong untuk mencari harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diturutkan tentunya mereka akan menggunakan segala cara dan tipu muslihat. Saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak, yang eksis hanyalah kecurangan, khianat, dengki mendengki dan sebagainya. Marilah kita renungkan maksud Hadits ini, dan marilah kita memperhitungkan diri sebelum kita diperhitungkan di hadapan Allah pada hari qiamat nanti.


Hadist dhaif di sisi ulama muhaddis, antaranya Abu Hatim di atas.juga dhaif bagi muhaddith terkini antaranya seikh Muqbil Hadi al-Wadie,kata seikh Muqbil tentang hadith ni; Abu Said alGhifari adalah majhul tahqiq mustadrak, jld 4, m/s 282]sahih di sisi Al-Albani.sahih kerana ijtihad

Wallahualam