Ust Ali Sabri Pengarah Urusan: PUSAT PENGAJIAN KITAB TURATH (PIKATS) Kami menyediakan program pengajian kitab-kitab agama (kuning) dan baru kepada anda. Program Klinik Solat, Pengurusan Jenazah,Kursus Haji dan Umrah. Bukan itu sahaja kami juga menyediakan pakej umrah, kambing dan lembu untuk aqiqah dan qurban, boleh buat tempahan, bertempat di Batu Gajah,Perak. Untuk Keterangan lanjut sila hubungi Ustaz Ali di talian 012-5076945
Mulai Dengan Bismillah Baru Hidup Anda Berkat
Rabu, 5 Januari 2011
Bila Guruku Mula Menyaman
salam semua; aku teringat ketika di Maahad Al Tarbiah dulu guru yang paling disukai dalam pengajian fekah ust zakaria sunge pete, aku masih ingat ketika di tingkatan 5, kene cubit perut sebab x dapat nak jawab buku khatan (bahasa arab), dia akan kata awat anta x ingat..... itulah guruku yang mengajar aku disana dulu.... kini kami sering berjumpa di albarakah berkongsi ilmu..... ayat yang selalu keluar dimulutnya... anta sekarang sokong sapa, maksudnya pati mane.... aku x penah jawab... tapi tersenyum aje... itulah guruku semoga Allah memberkatinya..
Isnin, 20 Disember 2010
Hadits 11
Tinggalkanlah Keraguan
عَنْ أَبِي مُحَمَّدٍ الْحَسَنُ بْنُ عَلِي بْنِ أبِي طَالِبٍ سِبْطِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَيْحَانَتِهِ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ : حَفِظْتُ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؛ دَعْ مَا يَرِيْبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيْبُكَ .[رواه الترمذي وقال : حديث حسن صحيح]
Terjemah hadits:
Dari Abu Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Tolib, cucu Rasulullah saw dan kesayangannya dia berkata : Saya menghafal dari Rasulullah saw (sabdanya): Tinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu. (Riwayat Tirmidzi dan dia berkata: Haditsnya hasan soheh)
Ahad, 7 November 2010
Kuliah Hadis Di Pusat Pendidkan Al Barakah
kuliah saya dipusat pendidikan Albarakah, kuliah tekejut bila disuruh oleh ust kazim untuk saya berkuliah kepada kakitangan telekom Malaysia Pulau Pinang ke Kedah x perasan, saya bacakan hadis yang pertama annawawi... tentang niat
AMAL ITU TERGANTUNG NIATNYA
عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ” إنما الأعمال بالنيات , وإنما لكل امرئ ما نوى , فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله , ومن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها و امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه “- متفق عليه –
Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai dengan niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”. [Diriwayatkan oleh dua orang ahli hadits yaitu Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari (orang Bukhara) dan Abul Husain Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi di dalam kedua kitabnya yang paling shahih di antara semua kitab hadits. Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907]
Sabtu, 6 November 2010
Menyusuri Ibadah Korban
HURAIAN RINGKAS BERKENAAN IBADAH KORBAN DAN HUKUM-HUKUM BERKAITAN DENGANNYA
Firman Allah Ta’ala bermaksud:
‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah” (Al-Kautsar: 2)
“Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orangorang
yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur” (Surah Al-Hajj: 36)
Firman Allah Ta’ala bermaksud:
‘Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah” (Al-Kautsar: 2)
“Dan kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika berdiri di atas tiga kakinya; maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orangorang
yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur” (Surah Al-Hajj: 36)
Langgan:
Catatan (Atom)
