Mulai Dengan Bismillah Baru Hidup Anda Berkat

Khamis, 6 Mei 2010

HADIS 3


عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا للهِ صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al-Iman) bab باب الإیمان وقول النبي صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس)) ) hadis nombor 8. Al-Imam Muslim dalam bab ( باب بيان
أرآان الإسلام ودعائمه العظام) hadis nombor 16).

Kedudukan Hadits

Hadits ini merupakan hadits yang cukup agung kerana ia menyebutkan tentang perihal Asas Islam atau yang disebut dengan Rukun Islam. Bermula dari lima rukun tersebut Islam dibangun.

Berbagai-bagai penggunaan istilah Islam

Istilah islam digunakan dalam dua bentuk, yaitu:

1. Islam ‘Am bererti berserah diri kepada Allah dengan cara bertauhid, tunduk kepada-Nya dalam bentuk ketaatan serta bersih dan benci dari syirik dan penganutnya. Islam dalam pengertian ini merupakan keislaman makhluk secara umum tidak seorangpun boleh keluar dari ketentuan ini samada suka ataupun terpaksa. Islam seperti inilah Islam yang diajarkan oleh seluruh rasul.

2. Islam Khos bererti Islam yang dibawa oleh Muhammad sáw, iaitu: merangkumi Islam dengan makna ‘am yang sesuai dengan tuntunan Muhammad saw. Jika istilah Islam datang secara mutlaq maka maksudnya adalah Islam khos.

Syahadatain

Syahadah tidak sah sehingga terkumpul padanya tiga perkara: Keyakinan hati, ucapan lisan dan menyampaikan kepada orang lain. Dalam tujuan tertentu terkadang diperbolehkan untuk tidak menyampaikan kepada orang lain. Makna syahadah “la ilaha illa’llahu” adalah menafikan hak disembah pada selain Allah dan menetapkan hanya Allah-lah yang berhak untuk disembah. mestilah mentauhidkan Allah dalam ibadah, oleh kerana itu kalimah tersebut dinamakan sebagai kalimah tauhid.

Makna syahadah “Muhammad Rasulullah” adalah meyakini dan menyatakan bahawa Muhammad bin Abdillah adalah benar-benar utusan Allah yang mendapatkan wahyu berupa Kalamullah untuk disampaikan kepada manusia seluruhnya. Dan dia adalah penutup para Rasul. Dari syahadathini yiitu membenarkan beritanya, mentaati perintahnya, menjauhi larangannya dan beribadah kepada Allah hanya dengan syar’iatnya .

Utusan Allah dari kalangan manusia mendapatkan wahyu melalui utusan Allah dari kalangan malaikat maka tidaklah mereka langsung mendapatkan dari Allah kecuali pada sebahagian, sesuai dengan kehendak Allah.

Hukum meninggalkan rukun Islam.

Hukum meninggalkan Rukun Islam diperincikan sebagai berikut:

1. Meninggalkan syahadatain hukumnya kafir secara ijma’.


2. Meninggalkan solat hukumnya kafir menurut jumhur ulama atau ijma’ sahabat.


3. Meninggalkan rukun yang lainnya hukumnya tidak kafir menurut jumhur ulama.

Meninggalkan disini dalam erti tidak mengerjakan dengan meyakini kebenarannya dan kewajipanya, adapun jika tidak meyakini kebenarannya dan kewajipannya maka hukumnya kafir walaupun mengerjakannnya.

Pembahagian Rukun Islam

Rukun islam terbahagi kepada empat iaitu:

1. Amal i’tiqodiyah iaitu syahadataian

2. Amal badaniyah iaitu solat dan puasa.

3. Amal maliyah iaitu Zakat.

4. Amal badaniyah dan maliyah iaitu haji.

Sumber: Ringkasan Syarah Arba’in An-Nawawi - Seikh Salih Alu Seikh Hafizuhullah