Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimah; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam ( (بدء
الخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).
Kedudukan Hadits
Hadits ini merupakan permulaan bab taqdir, iaitu tatkala hadits tersebut menyebutkan bahawa taqdir manusia meliputi 4 hal: rezeki, ajal, amal, dan bahagia atau celakanya.
Perkembangan Janin
Janin sebelum sempurna menjadi janin melalui 3 fasa, iaitu: air mani, segumpal darah, kemudian segumpal daging. Melalui selama masa 40 hari.
Janin sebelum membentuk manusia sempurna juga mengalami 3 fasa, iaitu:
1. Taswir, iaitu digambar dalam bentuk garis-garis, waktunya setelah 42 hari.
2. Al-Khalq, iaitu dibuat bahagian-bahagian tubuhnya.
3. Al-Barú, iaitu penyempurnaan.
Allah berfirman dalam Surah Al-Hasyr: 24, mengisyaratkan ketiga proses tersebut.
Hubungan Ruh dengan Jasad
Ruh dengan jasad memiliki kaitan yang berbeza sesuai dengan keadaan dan waktunya dalam 4 bentuk hubungan:
1. Tatkala di alam rahim. Hubungan keduanya lemah. Kehidupan ketika itu dominasinya ada pada jasad.
2. Tatkala di alam dunia. Kehidupan ketika itu dominasinya ada pada jasad. Sementara hubungan keduanya sesuai dengan keperluan kehidupan jasad.
3. Tatkala di alam barzah. Kehidupan ketika itu dominasinya ada pada ruh.
4. Tatkala di alam akhirat. Kehidupan ketika itu sempurna pada keduanya. Pada masa inilah hubungan keduanya sangat kuat.
Penentuan Taqdir
Allah menulis taqdir dalam 4 bentuk, iaitu:
1. Taqdir saabiq, taqdir bagi seluruh makhluk di lauh mahfudz 50 ribu tahun sebelum penciptaan bumi dan langit.
2. Taqdir úmri, taqdir bagi janin ketika berusia 4 bulan.
3. Taqdir sanawi, taqdir bagi seluruh makhluk setiap tahun pada malam lailatul qadar.
4. Taqdir yaumi, taqdir terhadap setiap kejadian pada setiap hari.
Keempat-empat taqdir tersebut memungkinkan terjadinya perubahan kecuali pada taqdir sabiq. Sebagaimana firman Allah: (Surah Ar-Ra’d: 39).
Taqdir Allah sama sekali bukan sebagai pemaksaan, Allah lebih tahu terhadap hambanya yang pantas mendapatkan kebaikan dan yang tidak.
Buah Iman kepada Taqdir
Beriman kepada taqdir akan menghasilkan rasa takut yang mendalam akan nasib akhir hidupnya dan menumbuhkan semangat yang tinggi untuk beramal dan istiqomah dalam ketaatan demi mengharap husnul khatimah.
Beriman kepada taqdir bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu membuat maksiat dan bermalas-malasan. Hati orang-orang yang soleh diantara 2 keadaan, iaitu khawatir (bimbang)tentang apa yang telah ditulis baginya atau khawatir tentang apa yang akan terjadi pada akhir hidupnya. Keadaan pertama hati para sabiqun dan keadaan ke-2 hatinya para abrar.
Rahsia Husnul Khatimah dan Suúl Khatimah
Termasuk diantara kesempurnaan Allah iaitu menciptakan hamba dengan berbagai macam keadaan. Diantara hambanya ada yang kesudahannya berada dalam husnul khatimah sebagai anugerah setelah mengisi lembaran hidupnya penuh dengan ketaatan dan diantara hambanya ada yang suúl khatimah sebagai keadilan semata setelah mengisi lembaran hidupnya penuh dengan kejahatan. Hamba pada jenis yang terakhir, jadi pada hakikatnya tersimpan dalam hatinya kejahatan yang kemudian muncul secara lahir pada akhir hayatnya. Kerana dalam suatu riwayat Rasulullah menyatakan bahawa amalan baik tersebut sekadar yang nampak pada manusia.
Seikh Saleh Alu Seikh Hafizuhullah