Baru- baru ini satu Quran lama tulisan tangan yang ditulis oleh Maharaja Monggol Aurangzeb rah salah seoran maharaja Dinasti Monggol di India telah dijumpai. Al-Quran tulisan tangan tersebut diandaikan berumur hampir 400 tahun ( 1636M – 1644M & 1653M – 1658M )
Beratnya 13.5kg manakala panjangnya 39.5cm dan lebarnya 20cm. Hiasan mukanya dengan bertahtakan emas dan perak.
Setiap muka surat Al-Quran berkenaan diwangikan dengan wangian yang berbeza-beza serta muka surat dan kulit hadapan dicipta khas untuk rintangan api ( fire proofed )
Al-Quran ini dirampas oleh pihak polis India dari seorang lelaki Hindu, M.G Sukumar dari Kerala ketika cuba menjualnya pada orang ramai khusus kepada pelancong asing dengan harga 5 Crore Rupees.
Komentar :
Aurangzeb rah sememangnya terkenal sebagai Maharaja Dinasti Monggol yang paling alim dan memerintah dengan penuh keadilan. Malah sesetengah ulama mengatakan bahawa ianya salah seorang waliAllah di zamannya.
Mengikut sesetengah catatan mengatakan bahawa beliau belajar agama dari salah seorang ulama paling terkenal di zamannya yang dikenali sebagi "Mulla Ji Wun".
Penemuan Al-Quran bekenaan membuktikan kehebatan dan keagongan Islam di zaman tersebut. Ianya dianggap sebagai penemuan barang bersejarah yang paling tinggi nilainya. Malah dianggap hasil seni yang istimewa sebagaimana Taj Mahal, Red Fort, Kutub Minar, Istana Mysor dan lain-lain kesan sejarah di Benua India.
Dari kesan sejarah inilah menghasilkan pendapatan negara paling tinggi di India dari sektor pelancongan. Nehru, Perdana Menteri India yang pertama pernah mengatakan bahawa,"Kalaulah tidak kerana Islam menguasai India maka India tidak akan maju dan berkembang."
Bayangkan India telah diperintah oleh Kerajaan Islam hampir 600 tahun manakala kerajaan Hindu India sekarang ini memerintah hanya sekitar 60 tahun sahaja. Itu pun melalui penjajahan Kerajaan British serta memecahkan India kepada 3 bahagian iaitu India,Pakistan dan Bangladesh. Kalaulah semua itu masih di dalam Benua India, Maka rasanya pasti sukar Kerajaan Hindu sekarang boleh bertahan.
Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan