عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk
kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Kedudukan Hadis
Hadis ini sangat penting, kerana mengandungi seluruh agama.Iaitu mengandungi hak Allah, hak rasul-Nya, dan hak hamba-Nya. Kewajipan menunaikan hak-hak tersebut terkandung pada kata nasihat.
Lingkup Nasihat
Nasihat, pada asalnya bererti bersih dari campuran atau adanya keserasian hubungan.Pada hadis di atas, nasihat untuk umat secara umum dan para imam bererti kehendak baik dari nasih kepada mansuh, sebagaimana pengertian yang sering dipakai untuk mendefiniskan nasihat. Adapun nasihat untuk lainnya, sesuai dengan asal katanya, iaitu adanya keserasian hubungan. Dimana masing-masing memberikan hak pihak lain yang mesti ditunaikan.
1. Nasihat untuk Allah.
Adalah menunaikan hak Allah seperti telah tersebut pada pembahasan iman kepada Allah.
2. Nasihat untuk kitab-Nya.
Adalah menunaikan hak kitab-Nya Al-Qur’an, seperti, yakin bahwa Al-Qur’an kalamullah, mukjizat terbesar diantara mukjizat-mukjizat yang pernah diberikan kepada para rasul, sebagai petunjuk dan cahaya. Selain itu juga membenarkan beritanya dan melaksanakan hukumnya.
3. Nasihat untuk Rasul-Nya.
Adalah menunaikan hak Rasulullah, seperti telah tersebut pada makna syahadah Muhammad rasulullah.
4. Nasihat untuk para imam.
Kata imam jika disebutkan secara mutlak maka bererti penguasa, dan adakalanya kata imam bererti ulama. Nasihat untuk para imam, meliputi imam dengan kedua erti tersebut.
Nasihat untuk penguasa adalah menunaikan haknya, seperti, taat dalam hal yang ma’ruf, tidak taat dalam kemaksiatan, tunduk dan tidak membangkang dan lain-lain yang merupakan hak penguasa yang telah dijelaskan dalam kitab dan sunah.
Nasihat untuk ulama adalah mencintai mereka karena kebaikannya dan jasanya pada umat berkat ilmunya, dan dakwahnya, menjaga kehormatan dan kewibawaannya serta menyebarkan fatwa- fatwanya.
5. Nasihat untuk awam kaum muslimin
adalah memberikan semua yang menjadi hak mereka demi wujudnya maslahat dunia dan akhirat mereka
Semua hak-hak diatas ada yang sifatnya wajib dan ada yang sunnah.
Sumber: Ringkasan Syarah Arba’in An-Nawawi - Seikh Shalih Alu Seikh Hafizhohulloh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan