Assalamualaikum dan salam 1Dunia, fenomena gerhana bulan penuh kali kedua akan berlaku di angkasaraya Malaysia untuk tahun 2011 pada 10/12/2011 pada jam 10.05 – 10.57 pm setelah berlaku kali pertama pada 16/6/2011 di antara jam 1.00 – 7.00 am. Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari.
3 hari sebelum gerhana bulan separa pada 12/1/2010 berlaku gempa bumi besar di Haiti yang membunuh 500 ribu manusia. Gempa bumi di Christhurch, New Zealand, Sulawesi dan Sumatera pula berlaku beberapa hari sebelum gerhana bulan penuh 16/6/2011. Mungkin kata-kata Kak Jie dalam blog nya ada releven “Ikut pengetahuan saya yang cetek ini, fenomena gerhana bulan sering mempunyai kaitan dengan gempa bumi“. Macam-macam kejadian sekarang yang terbaru fenomena Supermoon, semuanya untuk kita berfikir.
Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).
Jangan lepaskan peluang untuk sujud memohon keampunan di saat gerhana bulan penuh, caranya solat sunat gerhana atau solat sunat kusuf seperti ada di entri panduan solat sunat gerhana.
Bagi yang ada ruang masa sila ikut program Agensi Angkasa Negara di perkarangan luar Masjid Negara bermula jam 7.00 pm dengan berbagai aktiviti antaranya melihat dengan teropong fenomena gerhana bulan penuh dan solat sunat gerhana (kusuf).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan