Mulai Dengan Bismillah Baru Hidup Anda Berkat

Ahad, 7 November 2010

Kuliah Hadis Di Pusat Pendidkan Al Barakah



kuliah saya dipusat pendidikan Albarakah, kuliah tekejut bila disuruh oleh ust kazim untuk saya berkuliah kepada kakitangan telekom Malaysia Pulau Pinang ke Kedah x perasan, saya bacakan hadis yang pertama annawawi... tentang niat

AMAL ITU TERGANTUNG NIATNYA

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ” إنما الأعمال بالنيات , وإنما لكل امرئ ما نوى , فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله , ومن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها و امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه “- متفق عليه –

Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai dengan niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”. [Diriwayatkan oleh dua orang ahli hadits yaitu Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari (orang Bukhara) dan Abul Husain Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi di dalam kedua kitabnya yang paling shahih di antara semua kitab hadits. Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907]

Hadits ini adalah Hadits sahih yang telah disepakati kesahihannya, ketinggian darjatnya dan didalamnya banyak mengandungi manfaat. Imam Bukhari telah meriwayatkannya pada beberapa bab didalam kitab sahihnya, juga Imam Muslim telah meriwayatkan hadits ini pada akhir bab Jihad.

Hadits ini salah satu pokok penting ajaran Islam. Imam Ahmad dan Imam Syafie berkata : “Hadits tentang niat ini mencakupi sepertiga ilmu.” Begitu pula kata imam Baihaqi dan lain-lainnya. Ini kerana perbuatan manusia terdiri dari niat didalam hati, ucapan dan tindakan. Sedangkan niat merupakan salah satu dari tiga bahagian itu. Diriwayatkan dari Imam Syafie, “Hadits ini mencakupi tujuh puluh bab feqah”, sejumlah Ulama’ mengatakan hadits ini mencakupi sepertiga ajaran Islam.

Para ulama gemar memulakan karangan-karangan mereka dengan mengutip hadits ini. Di antara mereka yang memulakan hadits ini pada kitabnya ialah Imam Bukhari. Abdurrahman bin Mahdi berkata: “bagi setiap penulis buku hendaklah memulakan tulisan mereka dengan hadits ini, untuk mengingatkan para pembacanya agar meluruskan niatnya”.


Tetamu Dari Telekom Malaysia sedang mendengar Kuliah

Hadits ini dibanding hadits-hadits yang lain adalah hadits yang sangat terkenal, tetapi dilihat dari sumber sanadnya, hadits ini adalah hadits ahad, kerana hanya diriwayatkan oleh Umar bin Khatab dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dari Umar hanya diriwayatkan oleh ‘Alqamah bin Abi Waqas, kemudian hanya diriwayatkan oleh Muhammad bin Ibrahim At Taimi, dan selanjutnya hanya diriwayatkan oleh Yahya bin Sa’id Al Ansari, kemudian barulah menjadi terkenal pada perawi selanjutnya. Lebih dari 200 orang rawi yang meriwayatkan dari Yahya bin Sa’id dan kebanyakan mereka adalah para Imam.

Pertama: Kata “Innamaa” bermakna “hanya/pengecualian” , iaitu menetapkan sesuatu yang disebut dan mengingkari selain yang disebut itu. Kata “hanya” tersebut terkadang dimaksudkan sebagai pengecualian secara mutlak dan terkadang dimaksudkan sebagai pengecualian yang terbatas. Untuk membezakan antara dua pengertian ini dapat diketahui dari susunan kalimatnya. Misalnya, kalimah pada firman Allah:

إِنَّمَآ أَنتَ مُنذِرٌ۬‌ۖ
(Engkau (Muhammad) hanyalah seorang penyampai ancaman). (QS. Ar-Ra’d : 7)

Kalimah ini secara sepintas lalu menyatakan bahawa tugas Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam hanyalah menyampaikan ancaman dari Allah, tidak mempunyai tugas-tugas lain. Padahal sebenarnya beliau mempunyai banyak sekali tugas, seperti menyampaikan kabar gembira dan lain sebagainya. Begitu juga kalimat pada firman Allah :

إِنَّمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬‌ۚ

“Kehidupan dunia itu hanyalah kesenangan dan permainan”. (QS. Muhammad : 36)

Kalimah ini (wallahu a’lam) menunjukkan batasan berkenaan dengan akibat atau mampaknya, apabila dikaitkan dengan hakikat kehidupan dunia, maka kehidupan dapat menjadi wahana berbuat kebaikan. Dengan demikian apabila disebutkan kata “hanya” dalam suatu kalimah, hendaklah diperhatikan betul-betul pengertian yang dimaksudkan.

Pada Hadits ini, kalimah “Segala amal hanya menurut niatnya” yang dimaksud dengan amal disini adalah semua amal yang dibenarkan syariat, sehingga setiap amal yang dibenarkan syariat tanpa niat maka tidak bererti apa-apa menurut agama Islam. Tentang sabda Rasulullah, “semua amal itu bergantung niatnya” ada perbezaan pendapat para ulama tentang maksud kalimat tersebut. Sebahagian memahami niat sebagai syarat sehingga amal tidak sah tanpa niat, sebahagian yang lain memahami niat sebagai penyempurnaan sehingga amal itu akan sempurna apabila ada niat.

Kedua: Kalimah “Dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya” oleh Khatabi menjelaskan bahawa kalimah ini menunjukkan pengertian yang berbeza dari sebelumnya. iaitu menegaskan sah tidaknya amal bergantung pada niatnya. Juga Syaikh Muhyidin An-Nawawi menerangkan bahawa niat menjadi syarat sahnya amal. Sehingga seseorang yang meng-qadha sholat tanpa niat maka tidak sah Solatnya, walahu a’lam.



Penuntut al barakah tidak ketinggalan


 Ketiga: Kalimah “Dan Barang siapa berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya” menurut penetapan ahli bahasa Arab, bahawa kalimat syarat dan jawabnya, begitu pula mubtada’ (subjek) dan khabar (predikatnya) mestilah berbeza, sedangkan di kalimat ini sama. Kerana itu kalimat syarat bermakna niat atau maksud baik secara bahasa atau syariat, maksudnya barangsiapa berhijrah dengan niat kerana Allah dan Rasul-Nya maka akan mendapat pahala dari hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya.

Hadits ini memang muncul kerana adanya seorang lelaki yang ikut hijrah dari Makkah ke Madinah untuk mengawini perempuan bernama Ummu Qais. Dia berhijrah tidak untuk mendapatkan pahala hijrah kerana itu ia digelar Muhajir Ummu Qais. Wallahu a’lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan