Tinggalkanlah Keraguan
عَنْ أَبِي مُحَمَّدٍ الْحَسَنُ بْنُ عَلِي بْنِ أبِي طَالِبٍ سِبْطِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَيْحَانَتِهِ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ : حَفِظْتُ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؛ دَعْ مَا يَرِيْبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيْبُكَ .[رواه الترمذي وقال : حديث حسن صحيح]
Terjemah hadits:
Dari Abu Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Tolib, cucu Rasulullah saw dan kesayangannya dia berkata : Saya menghafal dari Rasulullah saw (sabdanya): Tinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu. (Riwayat Tirmidzi dan dia berkata: Haditsnya hasan soheh)
Pelajaran:
1. Meninggalkan syubhat dan mengambil yang halal akan melahirkan sifat wara’.
2. Keluar dari ikhtilaf ulama lebih utama kerana perkara tersebut lebih terhindar dari perbuatan syubhat, khususnya jika diantara pendapat mereka tidak ada yang dapat dikuatkan.
3. Jika keraguan bertentangan dengan keyakinan maka keyakinan yang diambil.
4. Sesuatu perkara mestilah jelas berdasarkan keyakinan dan ketenangan. Tidak ada harganya keraguan dan kebimbangan.
5. Berhati-hati dari sikap meremehkan terhadap urusan agama dan masalah bid’ah.
6. Siapa yang membiasakan perkara syubhat maka dia akan berani melakukan perbuatan yang haram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan